Apabila anda menggunakan TikTok, kami akan mengumpulkan maklumat tentang anda. Kami mewujudkan halaman ini untuk menyerlahkan perihal maklumat tersebut dan cara maklumat itu digunakan.
Kami turut membuat beberapa video untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan untuk berkongsi beberapa contoh tentang cara kami menggunakan maklumat anda. Untuk mendapatkan butiran lengkap, sila lihat Dasar Privasi kami.
Ingat, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menggunakan TikTok. Jika anda berusia bawah 18 tahun, anda perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga anda sebelum mula menggunakan TikTok.
Kami mungkin mengumpulkan maklumat yang berikut tentang anda
Maklumat yang kami kumpulkan
Cara kami menggunakan maklumat anda
Kami hanya akan menggunakan maklumat yang kami miliki tentang anda mengikut cara yang dibenarkan oleh undang-undang. Hal ini bermakna kami mestilah mempunyai sebab yang sah untuk mewajarkan penggunaan maklumat anda.
Menurut undang-undang, terdapat enam sebab yang sah. Tiga sebab yang paling biasa digunakan oleh TikTok ialah:
Apabila anda memuat turun apl TikTok atau mencipta akaun, anda mengikat kontrak dengan kami. Menurut kontrak itu, anda dan kami bersetuju untuk melakukan, dan tidak melakukan, perkara tertentu. Kami perlu menggunakan maklumat anda agar kami dapat melakukan beberapa perkara yang telah kita persetujui untuk lakukan. Jika kami tidak menggunakan maklumat anda, kami tidak akan dapat memberi anda pengalaman penuh TikTok. Sebagai contoh, kami tidak dapat menyediakan suapan Untuk Anda, yang disesuaikan bagi setiap pengguna.
Maklumat anda dan suapan Untuk Anda
Maklumat anda dan Garis Panduan Komuniti kami
Undang-undang membenarkan kami menggunakan maklumat anda jika maklumat itu diperlukan untuk kepentingan sah (pada asasnya, jika kami menggunakan maklumat anda untuk sebab munasabah yang tidak mengatasi apa-apa kesan negatif terhadap hak anda). Sebagai contoh, terdapat kepentingan sah untuk menggunakan maklumat anda bagi melindungi keselamatan dan kesejahteraan komuniti kami. Hal ini mungkin termasuk menyemak perkara yang anda lakukan di TikTok untuk memastikan perkara itu tidak bertentangan dengan Garis Panduan Komuniti kami.
Kami boleh menggunakan maklumat anda jika anda telah memberikan 'persetujuan' anda kepada kami, yang merupakan jenis kebenaran perundangan khusus. Jika kami meminta persetujuan anda, kami akan:
Maklumat anda dan organisasi lain
Kami mungkin berkongsi beberapa maklumat anda dengan syarikat dan organisasi lain.
Undang-undang di Eropah memberi anda hak ke atas maklumat anda. Kami telah menjelaskan hak ini dan cara anda boleh melaksanakan hak tersebut, dalam Dasar Privasi kami.
Kami juga telah mencipta alatan dan tetapan yang boleh anda gunakan untuk mengawal maklumat dan privasi anda. Kami sentiasa mencari cara membuat peningkatan. Oleh yang demikian, alatan dan tetapan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Ikuti perkembangan terkini dengan melihat [Papan pemuka Tetapan dan Privasi] anda (boleh diakses daripada halaman Saya anda) dan dengan menyemak Pusat Bantuan dan Keselamatan.
Alat dan tetapan kami membolehkan anda melakukan perkara yang berikut.
Mengawal maklumat anda
TikTok untuk remaja
Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menggunakan TikTok. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda mungkin mendapati bahawa sesetengah ciri TikTok tidak tersedia untuk anda atau anda tidak dapat mengubah beberapa tetapan anda. Hal ini kerana kami mahu anda menggunakan TikTok dengan cara yang menyeronokkan, selamat dan bersesuaian dengan umur anda.
Sebagai contoh, jika anda berumur bawah 16 tahun, akaun anda ditetapkan kepada peribadi secara lalai. Jika anda berumur 16 atau 17 tahun, anda boleh memilih antara akaun peribadi atau awam semasa menyediakan akaun anda; jika anda tidak membuat pilihan, akaun anda ditetapkan kepada peribadi secara lalai.
Jika anda mempunyai akaun peribadi, hanya pengguna yang anda luluskan boleh mengikuti anda, melihat video, video LIVE, bio, suka anda, serta senarai mengikuti dan pengikut anda.
Jika anda mempunyai akaun awam, profil dan video anda boleh dilihat dan boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja di dalam atau di luar TikTok (sama ada mereka mempunyai akaun TikTok atau tidak) dan mungkin kelihatan dalam enjin carian, blog, siaran media sosial dan laman berita.
Ingat, sama ada akaun anda peribadi atau awam, nama, nama pengguna dan foto profil anda akan sentiasa dapat dilihat oleh sesiapa sahaja di dalam atau di luar TikTok. Tanpa mengira jenis akaun anda, anda sentiasa boleh mengehadkan kebolehlihatan siaran anda secara berasingan. Dalam keadaan ini, siaran anda akan dihadkan kepada audiens yang anda pilih. Lihat di sini untuk mengetahui cara mengubah tetapan video anda.
Lihat Portal Belia kami untuk mendapatkan semua maklumat yang anda perlukan bagi memperoleh pengalaman terbaik TikTok.
Jika anda merupakan ibu/bapa bagi pengguna TikTok yang berumur bawah 18 tahun, lihat Panduan Penjaga kami untuk mendapatkan maklumat dan sumber bagi membantu anda memahami TikTok dan alat serta kawalan yang boleh anda dan anak remaja anda hidupkan, seperti ciri Keselamatan Keluarga kami.
Kami berharap Serlahan Privasi ini telah menjawab beberapa pertanyaan yang mungkin mahu anda kemukakan tentang cara kami menggunakan maklumat anda. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Pusat Bantuan, Pusat Keselamatan; Pusat Ketelusan kami dan baca Dasar Privasi kami. Jika anda mahu mengajukan pertanyaan, anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran dalam Dasar Privasi atau mengisi borang dalam talian kami.